Tuesday, October 20, 2009

11 - raya puasa 2009

Pulang beraya puasa pada awal bulan ini sempat menikmati lauk ayam piru. Kebanyakkan ayam pun sudah besar panjang :) dan boleh untuk dijual. Jadi, kepada pembaca yang berada di kawasan sekitar Taiping, Bukit Gantang, Kuala Kangsar, Bukit Merah mahupun Ipoh atau kawasan-kawasan yang sewaktu denganya yang ingin mencuba kelainan pada hari raya haji yang akan datang ini boleh menghubungi Pakcik Mancrane & Encik Sham untuk mendapatkan daging ayam piru.







Apa bezanya daging ayam piru ?
Hmmm... Sekiranya di panaskan berkali-kali daging ayam piru ini tidak mudah dicarik-carik berbanding dengan ayam daging yang biasa kita makan. Oleh sebab itu, ayam piru ini memang sesuai untuk dibuat rendang, jadi anda kena cuba merasai dan menikmati daging ayam ini.

Angsa ni eksyen lebih, bunyi ajer kuat macam nak sudu orang tapi kalau kita hanya diamkan diri dan berdiri tegak, tak digangunya. Pakcik man, saya belum lagi merasa daging angsa :)





Ayam api-api dan ayam daging pun sudah boleh untuk dijual.





Wednesday, September 2, 2009

7 - mancrane

Penghantaran ayam-ayam piru juga disediakan ke seluruh Malaysia (tidak termasuk sabah dan sarawak). Kos penghantaran ditanggung sendiri oleh pembeli.


pakcik man a.k.a mancrane





Tuesday, September 1, 2009

6 - Ayam piru yang sudah matang



 
 
 
 
 
 


5 - Stress

Jangan terkejut kerana ayam piru juga mengalami stress!

Punca stress :
1. Selepas diberi vaksin.
2. Kurang sihat.
3. Perubahan cuaca secara mendadak.
4. Terlalu banyak tekanan pemangsa sekeliling.
5. Ternakan terlalu padat.
6. Perubahan makanan utama secara mendadak.
7. Selepas pergerakan jauh / perubahan tempat.
8. Musim mengawan.
9. Musim musim hujan/panas yang berlarutan.
10. Rekabentuk infrastruktur/reban yg tidak optima, tiada aliran udara yg baik.
11. Bila tiada aliran udara yg baik, menyebabkan panas dan kadar kandungan ammonia (tahi ayam) dalam udara meningkat.

Penyelesaian :
Perkara 1, memberi larutan anti-stress atau electrolytes bercampur asid amino untuk tumbesaran.
Perkara 2, memberi larutan anti-stress atau electrolytes bercampur anti-biotik.
Perkara 3-9, memberi larutan anti-stress atau electrolytes dalam air minuman.
Perkara 10 - 11, kena ubahsuai reban yang mana patut.

-sumber dipetik dari www.bicarajutawan.com-