Tuesday, October 20, 2009

11 - raya puasa 2009

Pulang beraya puasa pada awal bulan ini sempat menikmati lauk ayam piru. Kebanyakkan ayam pun sudah besar panjang :) dan boleh untuk dijual. Jadi, kepada pembaca yang berada di kawasan sekitar Taiping, Bukit Gantang, Kuala Kangsar, Bukit Merah mahupun Ipoh atau kawasan-kawasan yang sewaktu denganya yang ingin mencuba kelainan pada hari raya haji yang akan datang ini boleh menghubungi Pakcik Mancrane & Encik Sham untuk mendapatkan daging ayam piru.







Apa bezanya daging ayam piru ?
Hmmm... Sekiranya di panaskan berkali-kali daging ayam piru ini tidak mudah dicarik-carik berbanding dengan ayam daging yang biasa kita makan. Oleh sebab itu, ayam piru ini memang sesuai untuk dibuat rendang, jadi anda kena cuba merasai dan menikmati daging ayam ini.

Angsa ni eksyen lebih, bunyi ajer kuat macam nak sudu orang tapi kalau kita hanya diamkan diri dan berdiri tegak, tak digangunya. Pakcik man, saya belum lagi merasa daging angsa :)





Ayam api-api dan ayam daging pun sudah boleh untuk dijual.